Rahim

Dalam tubuh wanita,ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim.Perkataan ini diambil dari nama ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud `Maha Penyayang‘.Sudah tentulah ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya.

Sudah tentu ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita.Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk.Di dalam rahimlah,wanita menjaga ciptaan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala dan memberi makan kepada apa yang ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka.Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.

http://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354?ref=ts&fref=ts

Tinggalkan komentar